Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Bolehkah Minum Air Banyak Selepas Bersalin?

with 0 Comment

Jangan tak cukup nanti banyak masalah


Kali ini saya nak cerita keraguan ibu bersalin mengenai pengambilan air minum ketika berpantang. Ramai yang whatsapp saya bertanyakan bolehkah minum air banyak selepas bersalin? Doktor kata boleh, tapi orang lama terutama mak kita kata tak boleh minum air banyak ketika berpantang. Adooooooi, macam mana ni?



Saya bersalin di hospital kerajaan. Ketiga-tiga anak saya bersalin di Hospital Teluk Intan. Kebiasaannya selepas bersalin akan ada jururawat yang datang ke katil kita bagi penerangan tentang penyusuan susu ibu. Jururawat ini akan bagi tips, teknik dan petua penyusuan susu ibu yang betul. 

Jadi saya mengambil kesempatan bertanya kepada jururawat itu tentang risiko minum air banyak semasa berpantang.

"Cuba awak pikir kalau badan kita tak cukup air, susu badan boleh banyak tak? Senang tak awak nak membuang air besar?" Jururawat ini tanya saya pulak.

Saya tanya balik pada dia, "Nurse, tapi kenapa mak-mak kita tak bagi minum air masak banyak waktu pantang ya? Betul ke tak boleh minum air banyak masa pantang? Deme cakap nanti kembang semua badan" Jururawat itu hanya senyum sahaja dengar soalan saya. 

"Badan kita memang memerlukan 13 gelas sehari. Ada tak orang minum sekaligus 13 gelas? Takde kan.. Kalau minum sekaligus memanglah kembang. Jadi awak minum macam biasa secara berperingkat dalam tempoh 24 jam sampai cukup 13 gelas sehari. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya" Jururawat itu menjelaskan panjang lebar kepada saya.

Jangan kurang minum air ketika berpantang nanti sembelit!

Sebenarnya, tiada langsung kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak selepas bersalin akan mengakibatkan kesan buruk kepada ibu. Akibat kekurangan air akan menyebabkan penghasilan susu ibu terbantut dan lebih memburukkan keadaan apabila ia boleh menyebabkan sembelit. Memang perit sembelit semasa berpantang ni! Nauzubillah. Mujur saya tak pernah kena.

Bagi ibu menyusu pula, perlulah minum 3 liter air atau dalam 13 gelas air kosong sehari. Saya selalu minum segelas air kosong selang sejam. Untuk penghasilan susu, badan ibu perlulah menyediakan bekalan air yang cukup. Kalau tidak, dari mana susu nak dihasilkan?

Ada customer saya mengeluh, "Saya dah minum banyak air, tapi susu tetap sikit."

Bila ditanya semula, "Ada sukat betul-betul 3 Liter atau agak-agak saja?

Barulah dia menjawab, "Oh, saya tak sukat pun. Cuma agak-agak sahaja".

Di sini saya menyeru semua ibu yang berhajat ingin menyusukan bayi sepenuhnya perlulah melakukan salah satu prinsip asas penyusuan, iaitu sila sukat jumlah air kosong yang anda minum setiap hari supaya sekurang-kurangnya cukup 3 liter. Ingat jangan minum sekaligus 3 liter tau! Minum berperingkat-peringkat.

Boleh Ke Minum Air Banyak Selepas Bersalin?


Tempoh berpantang adalah mustahak untuk ibu berpantang. Tempoh berpantang adalah satu fasa yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan disiplin yang tinggi. Kalau silap gaya tak kena cara boleh jadi murung dan gila meroyan. Jadi macam mana nak berpantang dengan sihat, ceria dan gembira? Sila klik untuk mengetahui saya berpantang dengan sihat, ceria dan gembira

set ibu menyusu shaklee
Alhamdulillah, Iman Izziqry sudah berusia setahun sebulan dan masih fully breastfeed

Apakah tips dan petua saya berjaya menyusukan anak saya? Kenapa susu saya meriah dan melimpah ruah?


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?