Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Peranan Suami Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

with 0 Comment
Suami pemimpin keluarga

Salam semua! Salam kecerian kepada ibu yang menyusukan bayi. Semoga tabah menempuhi cabaran penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Nampak macam mudah tapi hanya jauhari yang mengenal manikam. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Alhamdulillah. Kini saya masih lagi berjaya menyusukan anak kedua saya Ilmuna Izzahra yang berusia 1 tahun 11 bulan. Banyak pahit manis getir dan cabaran saya sudah tempuhi. Almaklumlah sebagai ibu yang bekerjaya sudah tentu cabarannya agak thrill sedikit. Berkat dengan keazaman yang tinggi saya terus tabahkan hati menjayakan penyusuan susu ibu ini.

suami kena galakkan isteri menyusukan bayi

Sebenarnya nak kata saya kuat semangat pun tidak juga. Sokongan dalaman dan galakkan daripada keluarga tercinta menjadi tonik penting untuk saya terus menyusukan anak saya ni. Yang paling penting sokongan daripada suami kita. Suami juga mempunyai peranan penting dalam membantu isteri menjayakan penyusuan susu ibu ini.

Jom kita baca peranan suami menjayakan penyusuan susu ibu.

Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi
Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahukan yang terbaik, tetapi kadang-kadang mereka lupa apa aspek penting yang perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yang diberikan kepada hospital yang mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam pertama selepas kelahiran. Sebagai suami, menjadi peranan anda untuk menggalakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak. 

Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang
Siapkan keperluan si isteri. Perkara ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul semua suami apabila isterinya berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambil alih tugas isteri (sekejap je pun ... hanya untuk tempoh 44 hari). Mungkin pada masa ini anak-anak yang lain akan berasa jauh hati sebab terdapat ahli keluarga baru. Jadi perhatian ibu akan teralih sebentar kepada si adik kecil yang baru dilahirkan. Oleh itu, di sini pentingnya si suami untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak lain supaya mereka belajar menyayangi adik di samping mengalihkan perhatian dengan bermain atau bawa mereka keluar dan memberi ruang kepada si isteri untuk berkenalan dengan adik baru.

suami kena galakkan isteri menyusukan bayi

Bangun tengah malam 
Salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Setakat ini, saya dah dua kali bersalin, dua-dua kali suami saya tak mampu untuk melaksanakan perkara ini. Namun begitu, kalau diikutkan, si suami seharusnya bangun dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Selain itu, sebagai balasan kepada isteri yang telah menyusukan anak, suami juga perlulah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain dan bukan sekadar tidur mati. 

Urutan membanyakkan susu
Kaedah urutan untuk membanyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan (suami kenalah ikut sama ke kelas macam ni). Tambahan pula, siapa lagi yang hendak membantu si isteri kalau bukan suami. Gunakan peluang yang ada untuk bermanja dan bermesra sesama sendiri.

Bantu isteri menguruskan anak
Mendukung bayi, memandikan bayi, membuat kerja rumah dan sebagainya. Biasanya si ibu akan rasa merasa keletihan selepas sesi penyusuan. Jadi si suami bolehlah memainkan peranan dengan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga kekal rapat. 

Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama
Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa banyak pertolongan & sokongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dari suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya sukar untuk menemui kejayaan. Suami juga berperanan untuk menyokong/membantu isteri menyusukan anak di depan orang ramai (in public). Dalam kes sebegini, practice makes perfect. Mula-mula mungkin rasa agak kekok dan janggal tapi lama-kelamaan apabila tahap kemahiran dah meningkat perkara tersebut akan menjadi mudah. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila-bila masa dia nak. Jadi adalah penting untuk belajar menyusu di tempat awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa. 

Memberi bantuan kewangan
Khususnya buat isteri yang ingin meneruskan kerjaya kerana kini terdapat keperluan untuk penyediaan peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit biasanya suami confirm akan garu kepala. Sebab itulah perancangan dari awal kehamilan penting agar tidak membebankan poket suami. Kalau si isteri sanggup untuk keluarkan duit sendiri untuk membeli peralatan penyusuan, Alhamdulillah (jangan lupa pula untuk ucapkan terima kasih pada si isteri ya). Dalam pada itu, sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa kos untuk membeli susu formula jauhhh lebih tinggi daripada bayi yang menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga banyak yang boleh dijimatkan kerana anak yang menyusu badan mempunyai antibodi yang lebih baik dan jarang sakit. Oleh itu, duit tu boleh bawak isteri dan anak-anak pergi melancongkan berbanding ulang alik ke klinik?

Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya 
Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Jadi kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dengan khasiat semulajadi yang dicipta Allah dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial daripada media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya. 

Begitulah kisahnya peranan suami menjayakan penyusuan susu ibu. Untuk menjadi suami yang baik yang sayangkan isteri dan anaknya wajiblah membuat pilihan di bawah ini:

ESP Cantikkan Kulit dan Milkbooster Terbaik!

Milk Booster untuk Ibu Bertenaga & Anak Sihat


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?