Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Berita baik untuk pencinta SuperbVitamin!

with 0 Comment

Salam semua! Cak! Lama blog ini menyepi.....


Jangan cakap saya dah tak bershaklee lagi, saya masih menjadi pengedar Shaklee untuk anda. Saya masih buzy setiap hari menguruskan order Shaklee dari customer, bantu downliners, terkejar-kejar ke pos laju dan sebagainya.

Cuma ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan menyebabkan blog ini bersawang.



Sempena Ramadan yang mulia ini, dengan semangat baru akan memberikan kekuatan untuk blog ini kembali menemui anda dengan tekad, pedekatan dan wajah yang baru....

Blog SuperbVitamin ini sedang menongkah ke fasa yang baru, senang cakaplah dalam proses rebranding.

Yelah kan, takkan nak statik gaya yang sama jer. Sepanjang tempoh bertapa, pelbagai idea telah dapat dicungkil dan akan diserapkan ke dalam blog ini.

Cuma saya nak beritahu, saya tidak lagi keseorangan dalam menghasilkan entri-entri baru untuk blog ini, kali ini suami saya tercinta akan turut sama terbabit secara langsung mengasilkan karya-karya dan info berguna kepada uols.

Yang penting, kebaikan Shaklee dapat disebarkan kepada semua orang, seluruh Malaysia dan juga serata alam. 

Boleh hubungi wakil SuperbVitamin untuk pembelian Shaklee 

♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau

♥ Najamuddin ♥ sms/whatsApp: 019-2249556 

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Setiap pembelian produk shaklee dengan kami, anda wajib menerima konsultasi percuma daripada kami.

6 Punca Kegatalan Ekzema Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

with 3 comments

Kasihan si comel!


Hati kita pasti runsing apabila anak yang kita sayangi tiba-tiba mengalamai kegatalan akibat ekzema. Lebih meruntun hati mendengar rengekan sambil tangannya tidak berhenti menggaru-garu kulit yang gatal. 

Ekzema bukan ruam biasa. Ruam bayi bersifat sementara manakala ekzema boleh kekal lama dalam kulit.






Ekzema boleh menjadi serius jika dibiarkan dan akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan sehingga menjadi kudis. Ada juga yang bernanah. 

Ini menyebabkan anak yang mengalami ekzema menjadi libang libu bak kata orang Perak atau runsing sehingga menyebabkan aktiviti kelaziman seperti tidur terganggu.

Jadi sangat penting untuk ibu bapa mengetahui apakah punca berlaku ekzema ini. Jangan ambil mudah ya, nanti merana.

Ekzema ada 2 jenis iaitu ekzema Atopik dan Dermatitis.

Ekzema Atopik Terjadi daripada penyakit seperti asma dan demam alergik. Kesannya ialah kulit menjadi kering, gatal, merah dan merekah. Ada juga meleleh cecair seperti berdarah.

Jika ada sejarah keluarga mempunyai penyakit asma dan ekzema, kemungkinan besar anak kita boleh terkena kegatalan ekzema.

Ekzema Atopik lazimnya berlaku di tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.


Terdapat 6 punca kegatalan ekzema ini.



Alahan makanan

Alah kepada makanan tertentu seperti susu lembu, telur, kekacang, kacang soya, atau gandum. Ini adalah punca utama ekzema yang biasanya berlaku dari dalaman badan dan bukan luaran. Bukan sekadar penyakit kulit luaran.

Faktor persekitaran

Cuaca yang terlalu sejuk atau kering akan memberi keradangan kepada kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi terlalu kering dan gatal, sekaligus menggalakkan radang ekzema. Hama, habuk, debunga, lipas, kotoran juga boleh menyebabkan kegatalan ekzema

Bahan pencuci

Sabun dan bahan pencuci seperti syampu, sabun mandian dan sabun pakaian juga boleh menjadi punca ekzema

Alah dengan bahan tertentu

Antara punca ekzema juga ialah alah dengan baha tertentu seperti fabrik bulu, logam, emas, sintetik dan lain-lain

Jangkitan kulit

Apabila menggaru kegatalan ekzema, kulit akan menjadi lebih radang dan merebak ke tempat lain

Perubahan hormon

Anak yang mengidap ekzema tidak boleh stress. Gangguan emosi dan tekanan menjadi puncanya kegatalan ekzema berlaku.





Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. 

Langkah-langkah pengawalan ekzema

  • Mengawal kitaran ekzema dengan melembapkan kulit
  • Mengubati keradangan
  • Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
  • Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada ekzema
  • Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
  • Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga (pollen)

Mari kita baca


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan

with 2 comments

Boleh baca tapi jangan percaya 100%



Hahahaha, entri kali ini santai sedikit. Asyik nak buat entri serius jer. Kali ini saya nak kita relaks-relaks minda sambil baca apakah tanda-tanda seorang isteri hamil anak perempuan. Hasil dari pengalaman saya dan juga cakap-cakap orang lama maka dapat disimpulkan tanda-tanda yang menentukan jantina bayi berdasarkan keadaan isteri mengandung. Jom baca dan saya sangat seronok untuk berkongsi dengan pembaca blog saya kali ini.

set ibu hamil cergas


Ingat ya! Jangan percaya 100%. Mungkin ada benar atau secara kebetulan. Jadi janganlah meroyan dan meraban teben jika keluar nanti bukan jantina bayi yang kita idamkan.

Tanda-tanda isteri hamil anak perempuan

  • Isteri mengalami morning sickness yang agak teruk. Adakalanya berterusan sehingga kelahiran
  • Degupan jantung bayi lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Ibu hamil merasakan beban berat pada pinggul
  • Payudara kiri lebih besar dari kanan
  • Lihatlah perut isteri, adakah ia semakin bulat.
  • Perut ibu hamil nampak “tinggi”.
  • Ibu hamil suka tidur mengiring ke kiri
  • Isteri yang mengandung suka makanan manis dan sukakan buah-buahan
  • Jadi lebih cerewet ketika hamil
  • Ibu mengandung jadi lebih moody dari kebiasaan
Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan
Bayi perempuan


Tanda-tanda isteri hamil anak lelaki

  • Isteri tidak mengalami alahan atau morning sickness yang teruk. Ada sesetengahnya tidak mengalami apa-apa alahan langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Ibu hamil sukakan makanan yang masam dan masin
  • Ibu hamil juga selalu sakit kepala
  • Lihatlah perut isteri, adakah ia memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”
  • Perut ibu mengandung nampak “rendah”
  • Ibu hamil suka tidur mengiring ke kanan
  • Wajah isteri kelihatan lebih berseri ketika hamil
  • Hidung ibu hamil tampak lebih mekar
set ibu hamil cergas
Bayi Lelaki

Jadi macam mana? Para suami yang isteri mengandung pergilah ulik-ulik isteri anda tu. Adakah dia sedang mengandung baby girl or boy? Hahahahahah

Tapi kalau nak lebih tepat, pergilah buat scan. Apapun ini semua rezeki Allah. Tak kisah lelaki ke perempuan tapi yang penting bayi dan ibu sihat walafiat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.

Oh ya! Lupa saya nak beritahu. Kepada ibu-ibu yang sedang hamil pastikan marhalah kehamilan uols kali ini berlaku dengan perasaan yang ceria, gembira dan sihat. Tiru macam saya. Semasa saya mengandung diri saya sihat, bayi dalam kandungan pun sihat dan rasa ceria sahaja. Nak tahu apa yang saya amalkan? Jeng... jeng.. jeng...

Inilah yang saya amalkan. Set Ibu Hamil Cergas

Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

10 Punca Suami Isteri Tidak Subur Yang Mesti Kita Tahu

with 1 comment

Pengikat Kasih Penyambung Keturunan



Kehamilan sering dikaitkan dengan kesuburan. Untuk hamil setiap pasangan suami isteri perlu subur. Suami perlu menghasilkan sperma yang berkualiti manakala isteri pula menghasilkan ovum untuk disenyawakan oleh sperma  tadi.


Menurut Doktor Salwana Mohyiddin Pakar Sakit Puan Hospital Tanah Merah Kelantan, Isteri dan suami perlu jelas bahawa dalam 100 pasangan mandul, 30 adalah faktor isteri, 30 adalah faktor suami, 30 adalah faktor kombinasi suami dan isteri, manakala 10 lagi adalah normal bagi keduanya yang dipanggil "unexplained infertility" ataupun mandul tanpa penjelasan. 

Sudah lumrah setiap pasangan yang berkahwin pasti berhasrat memiliki cahaya mata. Namun tidak semua pasangan suami isteri itu bertuah. Ini semua rezeki Allah. Tapi apabila setiap pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin masih lagi belum ada tanda-tanda untuk mendapatkan zuriat, pasti ada yang tidak kena. Setiap masalah pasti ada puncanya. Apakah punca belum dapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin? Jom kita baca 10 punca suami isteri tidak subur di bawah.



Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil. Antaranya ialah, masalah isteri, masalah suami, masalah kedua-duanya dan yang terakhir kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.


Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidak seimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Berikut adalah masalah-masalah yang menjadi faktor mengapa anda sukar untuk hamil.


  1. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosok adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
  2. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.
  3. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.
  4. Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.
  5. Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.
  6. Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
  7. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.
  8. Masalah gagal untuk mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada golongan hawa sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumahtangga mereka tidak dikurniakan zuriat.
  9. Antara faktornya ialah lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
  10. Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan adam. Ologospermia, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.

Apa yang penting di sini ialah setiap pasangan jangan cepat berputus asa untuk berikhtiar mendapatkan zuriat. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dianugerahkan cahaya mata pengikat kasih sayang. Ada juga pasangan mendapat anak setelah lebih 10 tahun berkahwin, ada 8 tahun, 5 tahun dan sebagainya.

Ingat! Yang penting berusaha dan jangan berputus asa. Jom berikhtiar dengan set kesuburan di bawah ini:





Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 

♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Wanita Sanggup Belanja RM1200 Sebulan Untuk Dapatkan Kulit Wajah Yang Cantik

with 1 comment

Sanggup berhabis duit! Tapi berbaloikah?


Wah! Kalau dah taksub untuk mengekalkan kecantikan diri tu mahal pun setiap wanita sanggup bayar. Asalkan diri boleh nampak anggun dan muda berbanding umurnya. Jadi tidak hairanlah ada wanita sanggup berbelanja rm1200 sebulan hanya untuk mendapatkan kulit wajah tegang, cerah, flawless dan putih berseri. Tapi kalau memang berduit apa salahkan? Dah dia mampu. 



Hilang kedutan di wajah denga Collagen Powder Shaklee



Saya pernah survey rawatan kecantikan wajah dan menegangkan kulit wajah di salun-salun kecantikan sekitar Kota Damansara ini kebanyakannya rm300 untuk satu seisi. Kebiasaanya pelanggan perlu mengulanginya sebanyak 3 atau 4 kali sebulan untuk dapatkan kesan kecantikan kulit yang optimum. 



Apabila saya fikir kembali,

Rm300 x 4 = RM1200

Rm1200 untuk cantik! Berbaloi tak? Berbaloilah kalau kita banyak duit hehehe

Bila fikir balik, baik amek Collagen Powder Shaklee. Sekotak tak sampai pun RM300..

Kemudian boleh tahan sebulan kalau kena caranya..

Hilang kedutan di wajah denga Collagen Powder Shaklee





Uols nak tahu, Collagen Powder Shaklee ini dihasilkan dengan sumber semulajadi tau. Lebih selamat dan halal. Boleh klik di bawah untuk perinciannya  
Shaklee Collagen Powder dicipta Daripada Sisik Ikan Merah.


Hilang kedutan di wajah denga Collagen Powder Shaklee


Apa yang saya suka dengan Collagen Powder ini ialah kesannya. Bukan di kulit muka kita saja, tapi satu badan sekaligus akan turut terkena kesan kebaikan collagen ini.

Apakah Kebaikan Collagen Powder Shaklee?


Anti Penuaan
Liang pori semakin mengecil dan berkurangan dan garis-garis halus juga dapat dikurangkan

Menghidratkan
Kulit semakin menjadi lembap dan halus; kurangnya terjadi kulit mengelupas ataupun kering

Kulit lebih Anjal dan Tegang
Kulit semakin tegang, kenyal dan lembut

Licin
Kulit akan licin dan berseri berbanding sebelum pengambilan yang kelihatan seperti kusam dan kelam

Menyuburkan
Kulit kuku dan rambut akan kelihatan bersinar dan kilat, kuat dan tebal

Mencerahkan
Mencantikkan kulit dan menghilangkan pigmentasi, jeragat dan jerawat. Tompokan bulat dibawah mata juga tidak akan kelihatan


Testimoni setelah mengamalkan Collagen Powder Shaklee

Hilang kedutan di wajah denga Collagen Powder Shaklee

Hilang kedutan di wajah denga Collagen Powder Shaklee

Hilang kedutan di wajah denga Collagen Powder Shaklee

Hilang kedutan di wajah denga Collagen Powder Shaklee




Kalau uols pilih yang mana? Mana lagi bijak?


Nak keluarkan modal rm1200 sebulan ke atau rm300 sebulan untuk sekotak collagen powder shaklee (15 sachet). Tak payah kita pergi suntik-suntik kolagen yang menyakitkan itu. Tak perlu buat bleaching ke apa. Kita dapat berjimat tapi hasil tetap berbaloi macam buat rawatan dekat pusat kecantikan. Tak percaya ke? Cubalah sekotak dulu!



Hilang kedutan di wajah denga Collagen Powder Shaklee


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Set NutriWhite Shaklee Untuk Kulit Putih Berseri

with 1 comment

Nak putih, nak putih, barulah cantik!


Ramai yang bertanya saya macam mana nak dapatkan kulit muka yang putih berseri dengan cara yang agak jimat tapi berbaloi. Memang tidak dinafikan ramai wanita obses nak dapatkan wajah putih berseri. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan kulit putih berseri. Malah ada juga yang sanggup menahan kesakitan seperti membuat pembedahan plastik surgery dan cucuk botox di wajah mereka semata-mata nak kelihatan putih. Tak sakitkah? Uiisshh, ngerinya Nauzubillah. 



Entri kali ini saya nak cerita cara mudah untuk dapatkan wajah putih berseri. Tak perlu pun berbelanja ribuan ringgit. Tak perlu cucuk sana cucuk sini. Sebenarnya ramai tak tahu bahawa Shaklee juga ada produk penjagaan luaran kulit setaraf SK2 dan Este Lauder. Jangan berlengah lagi, jom saya perkenalkan Set Nutriwhite Shaklee untuk kulit putih berseri.




Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser (150ml) 


  • Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit. 
  • Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin 
  • Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit Menyegarkan dan lembut pada kulit. 

NutriWhite Daytime Whitening Lotion (50ml) 


  • Bertidak seperti sunblock atau moisturizer
  • Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut. 
  • Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran

NutriWhite Daily Defence Whitening Essence (30ml) 


  • Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak Bearberry 
  • Strawberry Begoniaberfungsi mengimbangi pigmen kulit. 
  • Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit. Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut. 

NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (50g)


  • Memperbaharui sel dan mengambalikan keremajaan kulit semasa tidur
  • Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam.
  • Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit. 
  • Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam. Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri. 

NutriWhite Spot Whitening Treatment (10ml) 


  • Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat. 
  • Kuasa Pencerahan dari ekstrak Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit. 
  • Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata. 

Apa kata mereka setelah mengamalkan NutriWhite Shaklee ini?









Wah! Seronoknya bila melihat ramai yang gembira setelah mengamalkan Set NutriWhite kulit putih berseri ini.  Puas hati dengan testimoni di atas? Uols pun boleh dapat kulit wajah putih berseri, flawless dan glowing-glowing macam tu dengan syarat amalkan set ini dengan konsisten. Barulah dapat "Nak putih, nak putih, barulah cantik."

PERHATIAN

Set Nutriwhite Shaklee ini tidak sesuai diamalkan untuk mereka yang mengalami masalah jerawat yang kronik, dan resdung yang teruk. Kepada yang menghadapi masalah ini, mereka patut merawat kulit dari dalaman rerlebih dahulu dengan:




Sebenarnya tak salah untuk kita taksub kepada kecantikan diri. Tiada siapa melarang kita untuk berbelanja 'reward' diri setiap bulan asalkan kita berkemampuan. Tapi awas! Yang penting kita kena pastikan produk itu selamat digunakan, semulajadi dan tidak menggunakan bahan terlarang yang boleh  memudaratkan pengguna. Pendek kata terpulanglah kepada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Saya pilih Set NutriWhite ini kerana ia selamat, bermutu tinggi dan berbaloi-baloi dengan harganya.


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 

♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016-5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?